Wishlist

|

assalammualaikum..


apa khabar semua di bulan mulia ni?
alhamdulilah kalau semuanya sihat.
bersyukur juga kalau kita ditimpa musibah, kerana setiap kesusahan tu ada berkatnya dan bahagia menanti. Insya-Allah.

hari ni aku nak share senarai harapan aku :)
terus terang, aku memang suka berangan hehehe..
ada juga apa yang aku angankan menjadi kenyataan.
Alhamdulilah berkat rezeki dari Allah.
i love ALLAH :)

okeh...banyak sangat dah tu beleternya.
start.


1. Menjaga AURAT perempuan sebenar-benarnya.
- aku nak sangat menjadi seorang muslimah yang betul-betul menjaga auratnya. tidak kira dari segi percakapan, pergaulan, pandangan dan yang paling penting, PAKAIAN. selalu aku bayangkan suatu hari nanti aku pakai jubah dan betudung labuh, berstokin juga. insya-Allah aku akan cuba merubah ke arah tu suatu hari nanti. cuma menunggu masa.

2. Buat mak dan abah rasa bahagia mempunyai anak bernama Zuraidah Binti Ahmad.
- insya-Allah jika dipanjangkan umur, aku nak bagi apa saja mak dan abah tak ada. bahagiakan mereka adalah tiket setiap anak-anak ke syurga. dan tu juga impian aku. insya-Allah.

3. Seorang lelaki MUSLIM yang SOLEH menjadi peneman hayat.
- aku pasti semua perempuan mahukan seorang suami yang aku sebutkan. dan itu harapan aku jika diberi jodoh.

4. Keperluan hidup yang CUKUP dan sederhana, bukannya KAYA.
- aku nak masa depan aku baik, mempunyai semua keperluan sendiri. kereta, rumah, tanah, dan simpanan.

5. Tanah sendiri.
- yang ni pelik sikit heheh..aku mengimpikan mempunyai sebuah tanah milik sendiri yang mengusahakan tanaman sayur, buah-buahan, menternak ayam, arnab, itik, lembu, biri-biri dan kucing :) ni bukan pengaruh farmville ye. tapi memang impian aku.


sekian.

"Allah Rahman, Allah Rahim, perkenankanlah doaku."
Amin...