Wishlist

|

assalammualaikum..


apa khabar semua di bulan mulia ni?
alhamdulilah kalau semuanya sihat.
bersyukur juga kalau kita ditimpa musibah, kerana setiap kesusahan tu ada berkatnya dan bahagia menanti. Insya-Allah.

hari ni aku nak share senarai harapan aku :)
terus terang, aku memang suka berangan hehehe..
ada juga apa yang aku angankan menjadi kenyataan.
Alhamdulilah berkat rezeki dari Allah.
i love ALLAH :)

okeh...banyak sangat dah tu beleternya.
start.


1. Menjaga AURAT perempuan sebenar-benarnya.
- aku nak sangat menjadi seorang muslimah yang betul-betul menjaga auratnya. tidak kira dari segi percakapan, pergaulan, pandangan dan yang paling penting, PAKAIAN. selalu aku bayangkan suatu hari nanti aku pakai jubah dan betudung labuh, berstokin juga. insya-Allah aku akan cuba merubah ke arah tu suatu hari nanti. cuma menunggu masa.

2. Buat mak dan abah rasa bahagia mempunyai anak bernama Zuraidah Binti Ahmad.
- insya-Allah jika dipanjangkan umur, aku nak bagi apa saja mak dan abah tak ada. bahagiakan mereka adalah tiket setiap anak-anak ke syurga. dan tu juga impian aku. insya-Allah.

3. Seorang lelaki MUSLIM yang SOLEH menjadi peneman hayat.
- aku pasti semua perempuan mahukan seorang suami yang aku sebutkan. dan itu harapan aku jika diberi jodoh.

4. Keperluan hidup yang CUKUP dan sederhana, bukannya KAYA.
- aku nak masa depan aku baik, mempunyai semua keperluan sendiri. kereta, rumah, tanah, dan simpanan.

5. Tanah sendiri.
- yang ni pelik sikit heheh..aku mengimpikan mempunyai sebuah tanah milik sendiri yang mengusahakan tanaman sayur, buah-buahan, menternak ayam, arnab, itik, lembu, biri-biri dan kucing :) ni bukan pengaruh farmville ye. tapi memang impian aku.


sekian.

"Allah Rahman, Allah Rahim, perkenankanlah doaku."
Amin...








Saya minta maaf.

|

salam..


lama rasanya tak update blog.
maaf...:'(
tajuk entry kali ni bukan berkaitan dengan dah lama tak update blog.
tapi, ianya berkaitan HATI.
saya minta maaf kat orang tu sebab hati saya memberontak.
keliru, tamak..apa lagi?!!
entahlah...

semalam, saya mimpikan DIA.
macam salah tayang je mimpi semalam.
mungkin sebab saya terlalu fikirkan DIA.
ya Allah..tolong la tetapkan hati saya.
MAAF En.I..
bukan salah saya :(

::DIA::
|
|
|
v
softspoken.
simple.
manis muka.
matang.
tinggi.
sopan.


setiap hari kalau boleh saya nak stalk DIA.
tapi saya takut.
takut hati saya semakin dekat dengan DIA.
takut juga sebab DIA sudah berpunya.
saya tak pernah luah kat sesiapa pun perasan saya kat DIA.
biarlah saya sorang je yang tahu.
kadang-kadang saya SAKIT dengan mainan perasaan ni.
jauhkan la DIA dari hati saya please....
saya bersyukur dengan yang saya ada sekarang ya ALLAH...
janganlah jadikan saya terdiri dari golongan wanita yang malang.





-OUT-




maaf.
rasa skema pulak berSAYA2 kat sini tehee~


Practical Training

|


salam.
alhamdulilah update gak blog aq huhuhu..
act, bukan tak ada masa nk update, sebenarnya tak ada idea hahah..
-
ok, skang aq nak share something dengan korang.
alhamdulilah, result last sem ok and aq boleh teruskan untuk practical training.
current location Shah Alam.
Shah Alam camne??
huh! memang beza la dengan Segamat la kan..
memang taraf hidup kat sini tinggi.
kalau tak pandai survive, habislah...
habislah duit!! hahah~
-
now, aq practical kat UiTM Shah Alam di Bahagian Pengambilan Pelajar (BPP).
di bawah jagaan En. Azrul Amir.
alhamdulilah dia sangat ok.
setakat ni belum ada projek lagi.
akan datang kalau dah dapat...alamatnya...makan, tidur, mandi semua kat tempat keje lah~
semoga Allah beri jalan mudah untuk aq dan kawan-kawan aq yang sama-sama practical kat situ..
gud luck ANIS and NUN!!
-
ops! lupa nak cite stay katne! haha~
aq stay kat Seksyen 7.
dekat la sangat dengan i-City.
housemate?
sangat la OK!!
double meaning tuh haih~
-
ok tu je la nk share.
tunggu la next update hahah~






-OUT-

Rindu kau nora..

|

salam..
selamat pagi semua (masih belum terlewat lg kan? hee~)
bangun je awal pagi ni, aq terus mandi.
after mandi membasuh baju. entah apa mimpi minggu ni aq rajin betul basuh baju guna tangan.
tak la membazir RM3 syiling aq huhu~
mungkin terikut style Stella kot.(adik bilik)
rajin benar tiap-tiap hari basuh baju guna tangan.
tak patah jugak tangan dia heheh~
-
lepas siap segala, aq turun dengan stella pergi mencari makanan untuk mengisi perut.
kitorang makan kat bilik.
aq dan dia je berdua.
aq beli ayam masak kicap and sup mushroom.
membelek-belek nasi depan mata sebelum makan.
tah kenapa selera hari macam tak menjadi.(betul ke ayat aq?)
tengok ayam dengan sup mushroom ni, tertiba aq teringatkan seseorang.
NORA.
yes, tu nama dia.
aq betul-betul rindukan dia.
makan sama-sama dia.
berehat sama dia.
belajar sama dia.
gelak sama dia.
tidur pun kadang-kadang kami bersama.
haish!!
ni bukan citer LES ye!
ini cerita seorang sahabat yang betul-betul aq sayang.
dulu kami tak rapat.
tah semenjak bila hubungan aq dengan dia erat.
dia macam adik aq.
faham aq...
and yang paling aq suka, dia seorang yang jauh lebih matang dari aq.
sedangkan umurnya dengan ku kurang setahun.
dia juga jenis yang tidak suka menunjuk.
tak macam orang-orang kaya kat uitm ni.
budjet je lebih!
damn menyampah.



NORA....
ikhlas dari hati aq, aq betul-betul rasa bertuah kenal dengan kau.
kau memang baik.
and aq rindukan sahabat yang seperti kau.
sekarang aq belajar sendiri.
makan SENDIRI, even ada rumet di sisi.
harap kau selalu sihat ye dik.





*rindu kakak dengan seorang adik.
*rindu sahabat dengan seorang karib.

-OUT-

berangan je lebih!

|


salam..

hr ni nama aq di tag oleh classmate di blog beliau yang bertitle "Mari Kongsi Dengan Saya~~".
bagus gak minah ni, mcm taw2 je aq tengah mencari ilham untuk melalut di blog.
habis je baca entry dia, aq terus text kat si dia.

aq: ****, nk tny ni...

dia: ye..ap dy syg (ceh! bikin cair gua)

aq: bg **** la kan..dlm msia ni, **** rs tmpat mne yg menarik utk kte berbulan madu. heheh (hah! da start la tu miang)

dia: eh?!hehe..**** tny tmpt honeymoon ea..kalw ****, **** tingin nak gi pulau. ad 2 dlm wish list ****, 1st pulau langkawi, 2nd pulau pangkor.(same je miang!)


ok...berdasarkan text di atas, dapat la aq simpulkan sedikit sebanyak tempat yang aq idamkan.
mengikut si dia, ada 2 choice.
1. Pulau Langkawi.
2. Pulau Pangkor.

ok, bagi aq, aq nak pergi Pulau Langkawi.
hah...meh kaji mane tempat tu.

map Pulau Langkawi.
zoom kalau perlu tehee~


sebab?!
hah...sebabnya..
aq tak pernah pergi pulau tu. kesian kan? huhuhu...
takdelah...aq pernah gi dulu...tapi masa aq dalam perut! hahah~
kesian tak?
hmm...harap2 kawin nanti ada orang tu bawak la kita pergi honeymoon kat situ. ahaks!!
aq pilih tempat ni bukan ikut citarasa orang je.
memang aq teringin nak gi lagi tempat ni.
maklumlah, pernah gi tapi belum nampak dunia lagi.haish!

kat sini, aq nak share tempat-tempat yang aq rase cool la kan untuk kita pergi melancong.

1.
Dataran Lang.

why aq kate ni tempat menarik, because!
aq seorang yang suka mengambil gambar dan diambil gambar hhehe~
lagi cool kalau aq dapat bergambar sambil duduk di atas kepala Lang tu.
of course famous.

2.
Tasik Dayang Bunting.

k yang ni pulak kenapa aq nak pergi tempat ni sebab....jangan gelak kalau baca!!
"supaya cepat la bunting lepas kawin" bahahagang!
gurau je ;P
sebab, aq suka dengan unsur air.
pulau, tasik, sungai, laut...
best!

3.

Telaga Tujuh.

hah! kan air lagi..
tempat macam ni boleh hilangkan tension.
lagi satu, tempat macam ni lah kita boleh jumpa macam- macam jenis orang!
gelagat, keletah, bahasa dll.
aq suka perhatikan gelagat orang, pastu gelakkan dalam hati.
tehee~

4.
Pulau Singa Besar.

hah...jangan main-main.
aq jugak suka main dengan singa! hahaha
takdelah..aq suka tengok pulau ni.
ada AIR! hahaha~
tengok air dia, jernih, nyaman..
tenang je mata pandang.

5.
Langkawi Cable Car.

ok..yang ni last la..
aq nak naik bendatang ni!
nampak mencabar.
gayat! aq suka benda gayat-gayat ni hehehe~
agak-agak cable car Langkawi ada style macam kat Korea tak?
Gulps!!


ok..rasanya cukup tu je lah yang aq ingin kongsikan.
kalau korang ada tempat lagi menarik nak share, hello2 la aq.
caih!! macam dah DEKAT je! ahaks!!

cerita dalam Malaysia je la dulu.
saya bukan Hanis Zalikha yang suka travel oversea. hee~




-OUT-

.: Hobby baru

|
salam..
selamat datang wahai penulis blog. hahah~
pandai lagi menaip rupanya.
ingatkan dah tak kenal huruf!
haih~ malu maklong!

-

maybe ada yang bertanya kenapa lama menyepi.
tak update langsung blog yang serabai ni.
hmm...maklong la sem baru naik memang semestinya busy.
sekarang dah kurang busy ;p
sampaikan rasa macam nak bunuh diri je sebab takde keje kat bilik.
mana taknya, bangun je tido kalaw takde kelas,
makan ----> online ----> bosan? ----> TIDO!!
hah! tu je la keje maklong kat bilik.

-

dah jadi macam hobi plak kat bilik ni asik tido jer!
TIDO, TIDO, TIDO!!!
ape lagi nak wat selain tuh?
makan? hah yang tu second hobi.
makan dan aku memang tak boleh di pisahkan.
nasib baik masa tido tu tak boleh makan.
kalau tak dah lama ku gabungkan hobi aku bahahah~

-

hmm...kepada sesiapa yang ingin berkongsi hobi menarik,
silalah invite saya hee~
ok lah! nak sambung tido.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
macam haram kau ni!!
membuta aje.


-OUT-

Kenduri pertunangan.

|

Salam 1 Muharam.
alhamdulilah sudah tiba 1 Muharam 1432
mulai tahun ni azam aq nak berubah jadi insan yang lebih baik.
nak pasang impian tinggi-tinggi takut tak tercapai dek akal tak terkaut dek tangan.
hah! amek simpulan bahasa baru aq bagi.(kalah Karam Singh Walia)

-

dah lari tajuk ni, start la merepek bila da lama tak blogging hahaha~
point sebenar, hah! cuba perhatikan betul-betul tajuk entry kali ni.
"KENDURI PERTUNANGAN"
ok2....harap bertenang...
majlis diadakan pada 11 December 2010 bersamaan hari Sabtu.
Zuraidah bertunang??
hah~ tak gempak ke tajuk tuh!

-

actually, tarikh berkenaan bukan majlis pertunangan aq.
saje bikin gempak kasi semua member tebeliak biji mata membaca hahaha
diorang ingat diorang je boleh main tunang-tunang?!
haku pon boleh! hahaha~
Majlis tersebut adalah majlis akikah adik-beradik ibunda tersayang.
silalah datang kalau anda berkesempatan.


Sekian saya melaporkan.



-OUT-